Sunday, February 21, 2010

"Marksman Sasaranku"

"One Shot One Kill"...
Bagi mencapai matlamat Pegawai Memerintah pasukan 9 RAMD Para, Ketua Kompeni Alpha, Kapt Md Rafizin Kamarudin telah melaksanakan latihan menembak senjata M4 di jarak 25 meter bagi memantapkan lagi anggotanya sejajar dengan "Marksman Sasaranku". Latihan ini telah dilaksanakan pada pada 1 Feb 2010 dan berakhir pada 6 Feb 2010 bertempat di lapangsasar 25 meter pasukan dimana latihan seumpama ini adalah sebahagian daripada latihan yang akan dilaksanakan pasukan 9 RAMD Para pada tahun 2010. Latihan ini akan berlangsung sepanjang tahun 2010 mengikut senioriti Kompeni iaitu Kompeni Alpha, Bravo, Charlie,Delta, Markas dan Bantuan sehinggalah penghujung tahun 2010. Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan kemahiran menembak dikalangan anggota Kompeni Alpha seterusnya mencapai matlamat "Marksman Sasaranku" sejajar dengan status pasukan 9 RAMD Para yang bernaung di bawah pemerintahan 10 Briged Para. Berbekalkan dengan semangat dan iltizam yang tinggi daripada anggota Kompeni Alpha, latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.