Sejarah Pasukan 9 RAMD Para



9 RAMD PARA
Sejarah pasukan ini bermula pada tahun 1965 dimana satu kumpulan pelopor Markas Pasukan telah ditubuhkan dan seterusnya berpindah ke Kem Majidee, Johor Bahru 01 Sept 1965. Pergerakkan ini menandakan detik sejarah penubuhan Batalion ini dengan Lt Kol Mahmood bin Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Memerintah yang pertama.
Pada 31 Dis 1965 Kompeni Markas dan Kompeni A ditubuhkan. Ini diikuti dengan Kompeni B pada 05 Mac 1966 dengan kedatangan 120 orang rekrut yang baru tersebut telah menubuhkan satu lagi kompeni tempur iaitu kompeni C. Penubuhan Kompeni D telah dilakukan apabila organisasi Batalion Infantri telah ditambahkan menjadi kepada empat kompeni.


Pada tahun 1970, Batalion ini telah diberi penghormatan untuk mewakili Tentera Darat Malaysia didalam latihan”Bersatu Padu” bersama Tentera dari Negara-negara Komanwel. Pada tahun 1974, Batalion telah sekali lagi dipilih untuk mengambil bahagian didalam latihan di seberang laut iaitu “ Latin Forum “ di Australia. Kedua-dua penglibatan ini adalah merupakan yang pertama bagi sesebuah Batalion Infantri didalam Tentera Darat Malaysia.

Didalam gerakan menentang pengganas komunis, Batalion ini telah berjaya membunuh seramai 38 anggota komunis dan menawan 16 yang lainnya. Kejayaan dan kecemerlangan ini telah dicatatkan di Sarawak di sepanjang tahun 1972 hingga 1974. Kejayaan ini merupakan satu kecapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh satu-satu Batalion Infantri didalam menentang penganas komunis.
Berasaskan kepada kecermerlangan ini, Batalion Kesembilan RAMD telah diperkenankan oleh DYTM Seri Paduka Baginda untuk menerima panji-panjinya pada 22 Mac 1975 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sejajar dengan rancangan pengstrukturan Tentera Darat atau lebih dikenali dengan projek permodenan TD 2000 bagi mempersiapkan satu Angkatan Darat yang berkeupayaan menghadapi ancaman-ancaman mendatang pada abad ke 21, 9 RAMD telah dikenal pasti untuk ditransformasikan daripada sebuah batalion standand kepada sebuah batalion infantri para. Justeru itu pada bulan Dis 1992, pasukan ini telah diaturgerakkan dari Kem Quetter, Kluang Johor ke Kem Terendak, Melaka untuk diletakkan dibawah naungan 10 Bgd Para. Pasukan ini telah mengambilalih pengkalan 14 RAMD (Bantuan).


Pada 13 Dis 1992, TD dengan rasminya mengeluarkkan arahan KP/TD/P&P/4019/3. Mulai dari tarikh itu, batalion ini dikenali sebagai Batalion Kesembilan Para, Rejiem Askar Melayu DiRaja dengan Pegawai Memerintah pertama Batalion Para iaitu Lt Kol Zulkifeli bin Hj Mohd Zain. Melalui arahan tersebut juga pasukan ini diberi waktu setahun untuk berlatih dan mencapai tahap operasi sepenuhnya mulai 01 Jan 1995. Pada tanggal inilah pasukan telah beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah Batalion Infantri Para dibawah naungan MK 10 Bgd Para dan mempunyai peratus para tropper sebanyak 70 peratus.


Oleh kerana kecemerlangan yang telah ditunjukkan, pada tahun 1993 batalion ini telah terpilih untuk menganggotai Pasukan Aturgerak Cepat sebagai salah satu sebuah Batalion Payung Terjun Infantri selain daripada pasukan 17 RAMD Para dan 8 RRD Para. Penubuhan Briged Payung Terjun sempena pelancaran Operasi Pasukan Atur Gerak Cepat telah dirasmikan oleh yang Berbahagia Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamed di Pulau Langkawi pada 10 Oktober 1994 dan Batalion ini telah diistiharkan beroperasi sepenuhnya pada 01 Januari 1995. Pegawai Memerintah Para yang pertama pasukan ini ialah Lt Koloner Zulkifle bin Hj Mohd Zain.
Pada 10 Okt 1994, pasukan ini sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam menjayakan Eksesais Halilintar yang dilaksanakan di Pulau Langkawi. Eksesais ini bertujuan merasmikan status Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) kepada unit dibawah naungan 10 Bgd Para yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad. Pasukan ini telah mencapai taraf operasi sepenuhnya pada 1 Jan 1995 dan peranan yang diberikan dimana-mana peperangan adalah untuk melakukan operasi tempur infantri melalui pergerakan terjun udara sama ada waktu siang atau malam di dalam operasi – operasi taktikal atau pun strategik.

Pada 13 November 1996 Batalion ini sekali lagi menerima penganugerahan penggantian Panji-Panji Rejimen yang baru. Upacara istiadat penganugerahan penggantian panji-panji Rejimen Batalion Kesembilan, hari bersejarah pada 13 November 1996. Panji-panji Rejimen yang pertama telah dianugerahkan oleh KDYMM Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 22 Mac 1975 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Perbarisan Penganugerahan Penggantian Panji-panji Rejimen ini telah dibarisi oleh pegawai dan anggota terdiri dari 14 pegawai dan 500 LLP. Ketua perbarisan kawad panji-panji tersebut adalah Pegawai Memerintah yang ke 17 iaitu Lt Kol Johari bin Mat Shek dan pegawai pembawa panji-panji iaitu Lt Muda Ben Khalid Hakimy bin Mohd Yusoff. Ajutan perbarisan adalah Lt Khairuddin bin Zakaria dan Sarjan Mejar Rrejjimen perbarisan adalah 1015237 PW 1 Mohd Zuki bin Ahmad.

Batalion ini juga terlibat dalam Misi Tugas Bersama di Timor Leste pada 25 Mei 2006 hingga 29 Ogos 2006 yang mana negara tersebut menghadapi perebutan kuasa Presiden. Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Para telah berjaya meleraikan pergolakkan di dalam negara berkenaan. Batalion ini mendapat pujian dari Perdana Menteri kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam melaksanakan tugas di sana. Segala cabaran dan rintangan dapat diatasi dengan baik dan amat membanggakan.

Pada 01 Julai 2008 Batalion ini juga telah diistiharkan sebagai pasukan Infantri Standart kepada pasukan Infantri Standart Para. Pengistiharan ini telah dirasmikan oleh Jen Datuk Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin iaitu Panglima Tentera Darat. Perasmian ini juga merangkumi Tiga Batalion Infantri yang berada dibawah naungan 10 Briged Para iaitu terdiri dari 9 RAMD Para, 17 RAMD Para dan 8 RRD Para. Perbarisan perasmian ini telah dilaksanakan di Padang Kawad 8 Rejimen Renjer DiRaja Para Kem Terendak Melaka.

Batalion ini terkenal dengan moto “ Sembilan Tak Kenal Menyerah “ yang bermaksud pasukan ini pantang menyerah kalah apabila berhadapan dengan musuh yang dihadapinya dan akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun berada dalam keadaan yang tertekan.