Warna Bendera, Lambang, Lagu dan Cogan Kata Pasukan


WARNA BENDERA PASUKAN


 
Warna bendera pasukan terdiri daripada warna utama iaitu hitam dan hijau.

a. Warna Hijau - Membawa pengertian sikap setiakawan dan kepercayaan yang berterusan diantara warga pasukan ini.

b. Warna Hitam - Bermaksud Kecekalan hati dan keberanian yang kental.


LAMBANG PASUKAN


 
Lambang Batalion Kesembilan, Rejimen Askar Melayu DiRaja Para menggunakan lambang yang bergelar HARIMAU PARA dimana bahagian kepala harimau diletakkan diantara sayap penerjunan serta diletakkan nombor 9 di tengah-tengahnya. Keseluruhan warna bagi lambang ini ialah kuning bagi kepala harimau dan sayap. Warna merah diletakkan pada mata, lidah, gigi serta taring harimau dibiarkan dengan warna putih. Nombor 9 pula diwarnakan dengan warna hitam. Lambang ini diilhamkan oleh Lt Kol Zulkifeli bin Hj Mohd Zin pada 30 Mac 1994.

PENGERTIAN LAMBANG

Kepala Harimau - Lambang kepala harimau membawa maksud ketangkasan serta keberanian perajurit para didalam pasukan ini dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada mereka. Harimau juga digunakan sebagai lambang kebanggaan RAMD.
Sayap - Sayap melambangkan pasukan ini sebuah Batalion Para yang unggul serta membawa maksud penerjunan yang dilakukan di dalam pasukan adalah secara total, dimana setiap anggota sanggup diterjunkan dimana sahaja.
Nombor Sembilan - Nombor ini melambangkan pasukan ini adalah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

LAGU PASUKAN.

Tajuk Lagu Pasukan ialah ‘PAHLAWAN SEMBILAN’ dinyanyikan setiap pagi semasa perbarisan pagi dan lagu ini juga dinyanyikan pada setiap upacara penting peringkat pasukan. PAHLAWAN SEMBILAN telah digubalkan oleh 16915 PW II Hussin bin Sujak, Drum Mejar pasukan pada 09 Mei 1972.

a. Tujuan. Untuk mewujudkan satu identiti pasukan dan membangkitkan semangat juang anggota dalam perkhidmatan dan semangat berkorban apa saja demi mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan kesucian agama yang tercinta khasnya

b. Tatacara. Lagu ini dinyanyikan secara bersama dengan penuh semangat. Lirik lagu adalah seperti berikut:

INILAH TEKAD SUMPAHAN KAMI
UNTUK SEMBILAN MELAYU DIRAJA
KAMI BERJUANG TERUS BERJUANG
PADA NUSA DAN BANGSA

MAJULAH KITA TERUS MAJU
BERJUANG DENGAN GAGAH PERKASA
TAAT SETIA IKHLAS DAN JUJUR
PASTI KITA BERJAYA

DARI BARAT HINGGALAH KE TIMUR
TINGGALKAN AYAH IBU KAMPUNG HALAMAN
WALAUPUN TITSAN AIR MATA MENGHALANG
BAKTI TETAP DITUNAIKAN

RUKUN NEGARA KAMI AMALKAN
KAMI PERWIRA PAHLAWAN SEMBILAN
RESTUILAH SUMPAHAN KAMI
KIBARLAH PANJI-PANJI KITA

c. Singnitikan. Senikata dan lagu ini diciptakan adalah bertujuan bagi memberangsangkan semangat juang dan setiakawan anggota dalam mempertahankan kedaulatan negara biarpun terpaksa meningalkan orang yang tercinta.

RAGAAN UTAMA 9 RAMD Para

Pahlawan Berkuda

Latar belakang Bn Kesembilan RAMD (Para) mempunyai replika ' Pahlawan Berkuda '

Sebagai Ragaan Utama yang mmennjadi kebanggaann warga pasukan ini. Replikka Pahlawan Berkuda yang memacu laju ini melambangkkann bahawa semua annggota batalion ini mempunnyyai kkecergasan dann kketangkasann dalamm melaksanakan tugas dan tannggungjawab. Tahapp fizikkal dan kecergasan yanng optimum ini digeruni oleh pihhak lawan di medann peperangan dann dimanna-mana sahaja.

Sejarah pahlawan berkuda ini merupakan sumbangann dari Jen (B) Tan Sri Yaacob bin Mohd Zain pada tahun 1993. ia diperbuat darippada perak yang diletakkann diatas tapakk kayu jati dan ditempah di Kuala Lumpur. Kuda perakk ini dipacu oleh seorang pahlawann yanng melambangkkann keberannian dan kegagahan semua warga pasukan ini.

Replika ini dianggarkan bernilai RM 46,000 semassa dibuat dann kini nilainya menningkat kepada RM 50,000. Demi menjaga keselamatan ini diinsuranskan dengan Takaful Nasional dann disimpan di Wisma Perwira Batalion Kesembilan RAMD (Para).

COGANKATA PASUKAN

“ SEMBILAN TAK KENAL MENYERAH "

 
Adalah cogankata pasukan. Ianya membawa maksud bahawa warga pasukan ini sentiasa bersedia, cekal dan sanggup menghadapi apa jua rintangan yang bakal mereka hadapi baik semasa latihan mahupun semasa keadaan sebenar.